Rabu, 4 November 2009



MUHADI HJ MAJID.( Adi ...nama dalam jadual.. he...he...)
SMK Kabogan memang sebuah sekolah yang agak daif dari segi fizikal tapi dari segi sahsiah dan akademik masih boleh dibanggakan. Ko-kurikulum memang banyak mengukir sejarah tersendiri sekolah ini. Ada diantara atlit sekolah ini pernah menjulang nama sekolah diperingkat Negeri Sabah. Kadang-kadang kita lupa kekuatan sukan sekolah terletak di bahu PK KOKUM sekolah berkenaan. Saya pernah bekerja bersama-sama Cg.Muhadi. Saya bangga segala impian untuk menjadikan SMK Kabogan salah satu pengeluar athlit di Semporna telah lama tercapai. Peringkat Gabungan Tawau serta Sabah sudah pernah kami kecapi bersama. Pahit getir membangunkan sukan sekolah telah kami galas bersama disamping guru-guru sukan SMK Kabogan. Bagi saya, kegemilangan sukan SMK Kabogan sekarang mungkin payah untuk mengatasi pencapaian semasa En Muhadi berada di SMK Kabogan hampir 10 tahun. Muhammad Jamlang, Rashid Bungug, Kasridah, Siti Julpa, dan banyak lagi pelajar sekolah ini yang tidak akan hilang diingatan Cg Muhadi kerana inilah antara pelajar yang pernah mengharumkan nama sekolah sampai ke peringkat Negeri Sabah. Walau apapun keadaannya SMK Kabogan masih tetap melahirkan atlit yang berpotensi namun kehilangan En Muhadi dari bangku PK Ko-Kum adalah satu tamparan BESAR bagi pengganti beliau. Rekod kecemerlangan yang pernah dikecapi mungkin tidaklah seindah yang pernah kita lalui. Tangisan Juara sudah mula hilang yang tinggal hanyalah tangisan kekalahan.... Selamat Bertugas untuk Cg. Muhadi Majid, jasa dan pengorbananmu akan saya kenang selalu... Sekian

PERKHIDMATAN

BANNER, BANTING, SIGNBOARD ( LIGHTBOX )
PAPAN TANDA PROJEK, T-SHIRT PRINTING, STICKER KERETA, Road sign

KAD JEMPUTAN ABM, KAD jEMPUTAN, PHOTO EDITING
( Alat Bantu Mengajar )
DAN LAIN-LAIN

Ini Saya "EadMasareka"

Ini Saya "EadMasareka"
Falsafah Hidup: Kita sudah dikurniakan kebijaksanaan oleh Allah S.W.T. Gunakanlah sebaik-baiknya

Apakah Erti Seni

SENI ITU SUATU YANG INDAH DILIHAT DAN DIBAYANGKAN, SERTA DAPAT MENYENTUH HATI ORANG YANG MENIKMATINYA. Seni merupakan karya yg muncul dari isi hati dan jiwa atau fikiran dan inspirasi!
Jadi seni yang saya fahami mungkin tidak akan sama dengan seni yang orang lain tangkap, atau juga berbeza dari yang ingin diungkapkan oleh pembuat karya itu. Semua bergantung kepada pengalaman pribadi dan kedekatan kita dengan objek yang terlukis atau terpahat (tercetak). Kita selalu beranggapan bahawa seni itu kadang2 boleh membuatkan kita lalai..Namun pada saya seni yang datang dari hati kita akan melahirkan keinsafan betapa agungnya karya yang Allah SWT ciptakan untuk kita.. Fikirkan berrsama.................Dengan adanya seni dunia ini begitu indah sekali.. Bayangkanlah jika seni ini tiada.. Warna adalah satu cabang seni.. Bayangkan jika warna-warna ini lenyap!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

MASAREKA & KRU

MASAREKA & KRU
The Truly Designer

Bebe

Bebe
3 Tahun kerja berat...hehehe..

KEDAI

KEDAI
MASAREKA SHOW

SHOW

SHOW

Banner & Banting Kahwin

Banner & Banting Kahwin

Contoh2 Banner

Contoh2 Banner

BACKDROP

BACKDROP

NAMECARD

NAMECARD

MasaJOB

MasaJOB

CarSticker 2

CarSticker 2

Ubahsuai

Ubahsuai

Masareka Carsticker

Masareka Carsticker
Perkhidmatan Sticker Kereta

Ikbal

Ikbal
Pelajar kesayangan dah jadi artis

Cg Terminator

Cg Terminator