Banyak yang saya tahu mengenai rakan baik saya ini.Dari segi pribadinya sehinggalah cara beliau bekerja. Seorang yang gigih berusaha dan berpendirian tinggi. Seorang anak kelahiran semporna ini antara golongan pendidik yang akan mewarnai kepimpinan di Semporna. Kehilangan beliau dari SMK Kabogan sangat dirasai oleh warga SMK Kabogan. Saya adalah kawan rapat yang sentiasa bersama beliau ketika duka dan gembira. Kita tidak dapat lari daripada keadaan ini. Selama dekat 10 tahun saya bersama banyak kenangan mengusik jiwa yang diukir bersama. Kini beliau bertugas di SMK Bugaya 2 sebagai PK Kokum. Satu jawatan yang saya rasa masih perlu beliau terokai. Saya kenal beliau, di pentadbiran beliau seorang yang kebal dengan undang/peraturan. Kokum bagi beliau adalah suatu yang baru walaupun tidak dinafikan ada juga sedikit pengalaman . Bagi saya walau apapun jawatan yang disandang saya pasti cg Ucen ( Nama glamor saya bagi) tidak gentar walau sedikitpun. Teringat saya kata pemimpin negara
Tun Dr. Mahathir Mohamad, 22 Ogos 1989, Kuala Lumpur
Majlis Perasmian Perayaan 55 Tahun Perkhidmatan Awam Malaysia
Majlis Perasmian Perayaan 55 Tahun Perkhidmatan Awam Malaysia
Selamat bertugas untuk Cg Ucen, Semoga hari-hari mendatang akan lebih ceria lagi di halaman yang baru. Harapan saya walau mana kita berada Semporna pasti dihati kita.. Good luck...
2 ulasan:
Sahabatku Ead
Sudah hampir 4 bulan saya meninggalkan SMK Kabogan, sebuah sekolah yang banyak meninggalkan pelbagai kenangan. Suka duka, pahit manis ketika di SMK Kabogan masih segar dalam ingatan. Rasanya macam baru semalam saya tinggalkan. Rasanya macam baru semalam kita dinobatkan sebagai 10 budak hitam, peristiwa yang menguji tahap kematangan, rasanya macam baru semalam kita sama-sama berjuang membawa kontinjen sukan SMK Kabogan, rasanya macam baru semalam kita diamanahkan oleh mantan Pengetua Encik Hussin Hj Kiamsin untuk menyelesaikan Nazi Punk Killer yang melibatkan pelajar-pelajar SMK Kabogan. Masa itu saya Guru Kaunseling dan Kaah toh Guru Kanan Disiplin. Alhamdulillah semua yang kita lalui telah memberi kekuatan kepada saya untuk terjun ke bidang baru, bidang kokurikulum.
Mr Ead Bos Masareka
Sudah hampir 5 bulan saya meninggalkan SMK Kabogan. Namun semua kenangan pahit manis, suka duka masih segar dalam ingatan. Masih ingat lagi ke kes 10 budak hitam? Memang betul-betul menguji kesabaran kita semua. Apa tidaknya, gara-gara bermain bola PSKPPS, kita semua kena potong gaji. Baru kamu tau, pandai-pandai lawan bos.Ok toh, kaah lu kansang malahat lu.
Catat Ulasan