Semporna satu pemandangan indah
Pemandangan dari setelite
Namun disebalik kegemilangan ini kita telah leka dan alpa. Semporna sebenarnya MILIK SIAPA? Bagaimanalah agaknya masa depan penduduk tempatan yang terhimpit ekonominya oleh kehadiran orang asing di daerah ini. Kita sudah biasa bahkan sudah lali dengan perkataan PTI ini. Kalau dulu pendatang tanpa izin datangnya dari negara jiran Filipina sekarang FENOMENA BARU ialah kehadiran warga Pakistan yang tak terkira jumlahnya. Mereka telah menguasai hampir 30 peratus urusniaga di daerah Semporna. Kita lihat sendiri mereka adalah antara peniaga yang bermula dengan hanya menjaja dari rumah kerumah.. Sekarang ini mereka memiliki kedai2 perabut, kain, kedai topup, elektrik, restoran warung dan macam2 lagi. Mereka telah membudayakan bangsa kita dengan berhutang.. dan kita sendiri leka dan terpedaya dengan urusniaga ini, dan sanggup melihat orang2 kita menjaja ditepi-tepi jalan yang diheret kehulu-kehilir oleh orang-orang kita sendiri.
Kenapa kita tidak sedar dan masih berdiam diri tanpa kita sedari mereka ini telah merampas ekonomi bangsa kita sendiri... Cuba kita fikir sejenak.. Kawasan pasar ikan itu milik siapa? Bahkan namanya sudah bertukar kepada Pasar Pilipin. Pasar ikan masin milik siapa? Hotel2 Mewah milik siapa? Pasar PUTU itu milik siapa? Kawasan SCUBA (digelar BUKIT BINTANG)milik siapa? Pulau-pulau pelancongan milik siapa? .. Apa lagi yang boleh kita miliki? Bahkan Budaya di Semporna ini sendiri mula dipersoalkan ketulinannya. Bayangkan apa yang berlaku 20 tahun lagi. Saya tidak menyalahkan siapa2 cuma ini setekat kita fikir dan renungkan bersama.. Semoga ia menjadi satu keinsafan kepada penduduk asal Semporna bukan hanya setekat mengejar kemewahan semata-mata
Teringat saya lagu Patriotik
'LAHAT PANISILAN' ( ALBUM LEPA )
Ciptaan Sdr Jasni M.Yakub/M.Said Ahmad (saya sendiri)
" Pa inut-inut lepa kaut,
anganda lahat minrilaut,
bang atai masi tavalut,
Sampulna raah ni sivukut"
Sekian, Magsukul
7 ulasan:
salam..
barangkali kita boleh mendapat sedikit bahan bacaan yg perlu di kaji di sini...tak tahu kebenaran artikel ini..
http://www.sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=2074:legasi-sakaran-yang-malang&catid=35:berita-sabah&Itemid=27
Mungkin ada masa kita boleh berbincang insyallah...
Saudara berdua telah memulakan satu isu yang baik untuk perbincangan bersama. Saya tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut perkembangan perbincangan ini nanti. Untuk saudara eadmasaREKA, saya bangga dengan kebolehan dan jangkauan pemikiran anda, bukan hanya dari sudut artistik itu sahaja semata-mata...
salam persahabatan.
Salam persahabatan untuk Sulaiman Tahajudin. Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Sokongan anda semua dapat menaikkan semangat bangsa kita di Semporna ini. Semporna yang kita kenal dan sayangi dulu sebenarnya sedang berada pada tahap kritikal yang kita perlu akui. Masih adakah cara untuk kita menyempurnakan Semporna ini. Kelekaan kita bermakna kemenangan bangsa lain di daerah kita. Kenapa harus kita berdiam diri? Kehadiran warga asing di Semporna telah MERAGUT hak istemewa bangsa kita. Keangkuhan warga asing di Semporna mula menular di semua pelusuk Kampung di Semporna. Mana lagi ada tempat di Semporna yang mereka tidak didiami. Dari Laut sampai ke Darat mereka sudah mengelilingi kita. Siapa yang bekerja menyiapkan projek, rumah, kebun dll di Semporna? Bahkan kegilaan remaja2 kita sebagai pekerja kilang di Semenanjung telah menyebabkan tempat mereka diisi oleh para remaja warga asing. Kita tidak menafikan soal keturunan, tapi ini dah berakhir sejak 52 tahun Malaysia merdeka lagi. Siapa lagi selamatkan kita kalau bukan bangsa kita..Siapa lagi...Wslm
Salam masareka,
Yg nampak peluang kat Semporna tu, cuma bbrapa orang saja, termasuk penulis ini sendiri. Orang lain nampak peluang di tempat lain. Sedangkan mereka tidak perlu pergi jauh...kalau orang pakistan sanggup datang untuk berniaga/berdagang sejauh ini, kenapa org tempatan tidak brani utk bersaing...
Isu ini, memang menarik...menaikkan darah/memberi semangat/memberi motivasi...dll.
MASAREKA perlu buktikan bahawa org tempatan juga boleh berjaya dan mereka perlu mencontohi bukan hanya perlu makan gaji...org tempatan sendiri boleh berjaya dalam perniagaan.
Masalah MENTALITI org tempatan perlu diubah sedikit demi sedikit, mereka telah dibudayakan dgn filem HINDI nampak jer org pakistan yg hensom2 terus cair macam aiskrim...lantas terus membeli barangan mereka walaupun dengan cara HUTANG yg 4kali ganda mahal dari harga barangan yg sebenar.
Orang tempatan sendiri perlu ada persatuan 'Peniaga/Pengusaha Semporna Sedunia' yg boleh menjalinan 'jaringan networking' dan membasmi sifat2 pentingkan diri sendiri dan hasad dengki.
Pada zaman Datuk/nenek/bapa kita dulu...mereka yg berniaga dipasar Semporna ini sbb mereka nelayan dan petani. Cuma org Cina yg berkedai dan 1 kedai keling roti canai.
Kita tidak ada kesinambungan itu...dan kita tidak berani ambil risiko kerugian....
Sekarang;Orang tempatan lebih suka makan gaji...dan membeli barangan drp peniaga asing. Peniaga ambil kesempatan dgn menaikkan harga sewenang2 dan kaut keuntungan.
Kita masih ada 'KUASA PENGGUNA' jika kita boikot barangan/restoran mereka saya GUARANTEE mereka pasti bankrup dlm tempoh 3 bulan jer!
HIDUP MASAREKA....
cIkgu...ai habbal ma ilu lu??hehehe....sihat jugak???nanti ada masa boleh jugak jumpa cikgu ngn kawan2 yang lain....lgpun mo tgk semporna skrg ni....rindu sangat2...
im proud to be bajauAns...
kan ciggu??:)
semporna milik siapa? agak sukar menjawabnya. perlu dilihat sejarah, sosio-ekonomi dan politiknya. tetapi saya rasa akan berbalik kepada dua golongan jua iaitu rakyat dan pemimpinnya untuk menjawab persoalan ini. mungkin majoriti rakyat berfikiran mundur, segelintir sahaja yang berpandangan jauh namun tak dapat merealisasikan visi akibat halangan-halangan tertentu dari segi fizikal dan emosional. pemimpin pula adalah golongan yang bertanggungjawab menentukan hala tuju rakyat dan tempat, jika pemimpin berdiam diri, maka rakyat yang mundur akan kekal mundur, rakyat yang berfikiran jauh, akan terpinga-pinga dan tercari-cari, pendatang asing yang datang akan terus mendatang. negara kita ada undang-undang, rakyat tidak boleh ambil tindakan sewenang-wenang. rakyat terkekang, pemimpin duduk diam, jadilah semporna seadanya seperti sekarang, dulu dan selamanya. pendek kata, apa yang nak jadi, maka jadilah. pendatang nak kaut keuntungan... kautlah. rakyat nak terus mundur... mundurlah. pemimpin nak dok diam... diamlah. siapa mau halang?
saya rasalah, kepada siapa-siapa rakyat yang terfikir isu ini dan ada link dengan pemimpin, bolehlah suarakan agar masalah rakyat sampai kepada mereka. mungkin juga pemimpin tak tau masalah kita ni.
mengikut pengetahuan saya yang sempit ni lah, setahu saya, semua pemimpin politik di kawasan semporna ni tidak duduk diam lama di semporna, sibuk dengan tugasan di luar kawasan. harap maaf dan sila betulkan jika tersalah. hanya ketua-ketua kampung yang kekal di "teratak" mereka di semporna ini. saya sendiri kurang jelas apakah kuasa mereka-mereka ini.
Catat Ulasan